Monday, March 12, 2012

Contoh Penulisan Karangan Cemerlang : Masalah Disiplin


Sejak akhir-akhir ini, masalah disiplin dalam kalangan remaja semakin membimbangkan pelbagai pihak.  Bincangkan faktor yang menyumbang masalah ini dan langkah menanganinya.
1.      ISI UTAMA

IU = DEFINISI +/ PU +AH+AC+PC

DEFINISI
              ------------
PU
Remaja selalu dikaitkan dengan masalah disiplin.
AH1
(senario)
Sejak kebelakangan ini, masalah disiplin dalam kalangan remaja semakin membimbangkan.

AH2
Berita tentang remaja yang bermasalah banyak dipaparkan melalui media massa,

AC
contohnya masalah buli, vandalisme, ponteng sekolah, merokok dan sebagainya.

AH2
(kesan)
Masalah ini pastinya memberikan pelbagai impak negative kepada remaja itu sendiri, seperti menjejaskan prestasi akademik mereka, menakutkan masyarakat dan menyusahkan orang ramai.

PC
Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada masalah disiplin dalam kalangan remaja.
Walau bagaimanapun, beberapa langkah efektif boleh diambil untuk menanganinya.

              
2.  ISI SOKONGAN

IS1 = AF + AH + AC + AP

AF
Antara faktor yang menyumbang kepada masalah disiplin dalam kalangan remaja ialah kekurangan perhatian dan kasih sayang daripada keluarga.

AH1

Pada zaman yang mementingkan materialistik ini, ramai ibu bapa sibuk bekerja untuk menambah pendapatan keluarga.

AH2

Ramai ibu bapa keluar bekerja sejak awal pagi dan pulang pada lewat malam.
AH3

Hal ini menyebabkan mereka tidak dapat bersama anak-anak sepanjang hari.
AH4

Anak-anak yang tidak mendapat perhatian ibu bapa berasa dipingirkan oleh keluarga sendiri.

AH5

Mereka berasa tidak dihargai dan disayangi, menyebabkan mereka mencari altrnatif lain sebagai ganti untuk mendapatkan perhatian dan kasih sayang.

AH6
Remaja akhirnya akan mencari rakan sebaya yang mempunyai masalah yang sama.

AH7
Apabila mereka bertemu, mereka akan melakukan pelbagai masalah disiplin,

AC
seperti merokok, ponteng sekolah, buli dan vandalisme.

AP
Jelaslah, pengabaian ibu bapa terhadap anak-anak menyumbang kepada permasalahan ini.


IS2 = AF + AH + AC + AP

AF
Seterusnya, pengaruh rakan sebaya juga menyumbang masalah disiplin dalam kalangan remaja.

AH1
Rakan sebaya ialah golongan remaja dalam lingkungan umur yang hampir sama dengan remaja tersebut.

AH2
Mereka mempunyai cara pemikiran, sikap dan minat yang hampir sama.

AH3
Rakan sebaya merupakan golongan yang sangat rapat dengan remaja dan mampu mempengaruhi tingkah laku remaja.

AH4
Remaja yang bermasalah akan mencari rakan sebaya yang bermasalah juga.

AH5
Mereka akan menubuhkan kumpulan untuk membina identiti mereka sendiri.

AH6
Seterusnya mereka akan melakukan pelbagai masalah disiplin bersama-sama sebagai  cara untuk mendapat perhatian, memuaskan hati,   kerana dicabar oleh rakan sebaya dan juga kerana membalas dendam,

AC
contohnya merempit, lumba haram dan vandalisme.

AP
Sesungguhnya, pengaruh rakan sebaya yang tidak baik banyak memberi kesan negatif kepada remaja.


IS3 = AF + AH + AC + AP

AF
Selain itu, media massa turut memberi kesan terhadap masalah disiplin dalam kalangan remaja.

AH1
Media massa seperti media cetak dan media elektronik banyak mempengaruhi tingkah laku remaja.

AH2
Filem-filem asing yang ditayangkan melalui televisyen dan pawagam di negara kita banyak mengetengahkan unsur-unsur seks dan ganas yang melampau yang bertentangan dengan budaya timur,

AC
contohnya aksi ganas dalam filem  Terminator   dan aksi artis-artis yang berpakaian seksi  dalam filem-filem Inggeris dan Bollywood.

AH3
Golongan remaja yang kurang matang dan kurang didikan agama akan terpengaruh dengan aksi ganas dan tidak bermoral serta  fesyen pakaian yang dipakai oleh artis wanita dalam filem-filem yang ditonton.

AH4
Hai ini mencetuskan keghairahan dan keterujaan  dalam diri remaja dan akhirnya mereka melakukan aksi yang sama.

AH5
Bahan bacaan picisan seperti komik-komik lucah dan pelbagai jenis majalah hiburan yang memaparkan aksi dan gambar artis tempatan dan antarabangsa dengan aksi yang melampau mudah didapati di seluruh negara turut mempengaruhi  tingkahlaku remaja.

AP
Oleh itu, tidak dapat dinafikan bahawa media massa turut memburukkan disiplin dalam kalangan remaja.


IS4 = AF + AH + AC + AP

PC
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa langkah efektif yang boleh diambil bagi mengatasi masalah disiplin dalam kalangan remaja.

AF
Antaranya ialah peranan ibu bapa.

AH1
Ibu bapa harus bijak membahagikan masa antara kerjaya dengan keluarga.

AH2
Mereka harus meluangkan masa yang berkualiti bersama anak-anak.

AH3
Ibu bapa perlu mengisi waktu bersama anak-anak dengan beriadah bersama atau melakukan aktiviti bersama-sama,

AC1
seperti bercuti, melancong dan membeli-belah.

AH4
Selain itu, ibu bapa juga harus mengetahui perkembangan anak-anak,

AC2
seperti masalah mereka, pelajaran mereka dan memantau rakan anak-anak dengan cara yang betul.

AH5
Oleh hal yang demikian, anak-anak berasa disayangi oleh ibu bapa mereka sendiri kerena ibu bapa mereka memberi sepenuh perhatian kepada mereka.

AH6
Jadi mereka berasa tidak perlu mencari alternatif lain untuk mendapat perhatian kerana kasih sayang di rumah sudah mencukupi.

AP
Jelaslah, hal ini dapat menghindarkan remaja daripada terjebak dalam masalah disiplin.


IS5 = AF + AH + AC + AP

AF
Di samping itu, pihak sekolah turut berperanan membendung masalah disiplin dalam kalangan remaja.

AH1
Unit Bimbingan dan Kaunseling memainkan peranan yang sangat penting untuk membendung masalah disiplin dalam kalangan remaja melalui kaedah psikologi.

AH2
Sebelum pelajar bermasalah dikenakan hukuman akibat kesalahan mereka, mereka sepatutnya dihantar ke unit kaunseling untuk proses kaunseling bagi menyedarkan  dan menginsafkan mereka.

AH3
Sekiranya kaedah ini gagal, barulah mereka dihantar ke Unit Disiplin untuk menerima hukuman yang sewajarnya.

AH4
Hukuman yang dikenakan terhadap pelajar harus dilakukan mengikut prosedur yang sewajarnya, bukan bertujuan untuk menganiayai  dan menghukum, sebaliknya menyedarkan mereka, seterusnya  memberi amaran kepada pelajar lain,

AC
contohnya mengenakan denda, mengenakan merit, gantung sekolah, buang sekolah atau rotan.

AP
Tidak dapat dinafikan, penguatkuasaan undang-undang sekolah dan hukuman dapat membantu pihak sekolah membendung masalah disiplin dalam kalangan remaja.





IS6 = AF + AH + AC + AP

AF
Selain itu, masyarakat juga harus memainkan peranan mereka dengan berkesan untuk menangani masalah disiplin dalam kalangan remaja.

AH1
Jiran tetangga harus menegur atau melaporkan remaja yang melepak di kawasan kejiranan mereka,

AC
manakala premis-premis hiburan seperti kafe siber, pusat snuker serta kedai makanan mamak harus melarang remaja memasuki premis mereka tanpa kebenaran.

AH2
Unit Rukun  Tetangga atau RELA juga berperanan mencegah masalah pelajar merempit, ragut, vandalisme dan lain-lain dalam kalangan remaja di kawasan perumahan mereka.

AH3
Masyarakat juga boleh membuat laporan atau aduan kepada pihak berkuasa jika melihat salah laku yang dilakukan oleh remaja.

AH4
Penglibatan dan kerjasama masyarakat dalam usaha membendung masalah disiplin dalam kalangan remaja sangat dituntut walaupun remaja tersebut tiada hubungan persaudaraan dengan mereka.

AH5
Sikap enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing harus dielakkan dalam kalangan masyarakat kerana sikap ini tidak membawa apa-apa kebaikan, malah menggalakkan masalah disiplin yang lebih serius dalam kalangan remaja.

AP
Jelaslah, peranan masyarakat tidak kecil sumbangannya dalam usaha menangani maslah disiplin dalam kalangan remaja.


3.  PENUTUP

  P = AK + AS + AHrpn

AK1
Kesimpulannya, terdapat beberapa faktor yang menyumbang masalah disiplin dalam kalangan remaja, namun pelbagai kaedah yang berkesan boleh diambil untuk menanganinya.

AS1
Semua pihak harus memainkan peranan masing-masing secara langsung.

AS2
Langkah-langkah drastik dan efektif perlu dikaji dan diambil tindakan.

AS2
Pihak kerajaan dan NGO  juga perlu terlibat sama memainkan peranan masing-masing dengan berkesan,

AHrpn
agar negara dapat melahirkan modal insan yang berkualiti untuk menerajui tapuk pemerintahan negara pada masa akan datang, seterusnya mencapai taraf negara maju yang gemilang.


PERINGATAN !!!

  • PENUTUP  MESTI DITULIS DALAM 1 PERENGGAN SAHAJA.

  • Keseluruhannya, dalam  satu karangan yang anda tulis, terdapat 7 / 8 perenggan sahaja.
    
            Isi utama       :   I perenggan
            Isi sokongan  :  5 / 6 perenggan
            Penutup         :  1 perenggan
            ------------------------------------------
             Jumlah          :  7 / 8 perenggan
            ------------------------------------------

5 comments: