Monday, March 12, 2012

Biasakan Yang Betul, Betulkan Yang Biasa


KURSUS PEMANTAPAN TATABAHASA

MAKAN, MINUM  = KKTA yang tak perlu menerima imbuhan meN-, tetapi ada juga yang perlu guna imbuhan tapi mesti lihat konteks ayat, contohnya ayat huraian. Dalam ayat tunggal tak boleh guna imbuhan.



  • KATA GANDA  = MESTI ADA SEMPANG  
CONTOH :  KUIH-MUIH
                     Kuih – ada maksud
                     Muih – tiada maksud


                    SAUDARA-MARA 
                    Saudara – ada maksud
                    Mara – ada maksud tetapi antara kedua-duanya tiada hubungan
                                makna.

  • KATA MAJMUK = 2 PERKATAAN YANG MEMPUNYAI MAKSUD BERBEZA APABILA DICANTUMKAN AKAN MEMBERI MAKNA BAHARU.
CONTOH :  GURU BESAR
                     Guru – orang
                      Besar - saiz
                      Guru Besar = jawatan

  • RANGKAI KATA = KEDUA-DUA PERKATAAN ADA MAKSUD DAN ADA HUBUNGAN ANTARA KEDUA-DUANYA – TIADA SEMPANG.
CONTOH :  IBU BAPA
                     BUKIT BUKAU
                     SAMPAH SARAP
                     LETIH LESU
  
  • DARI – ARAH / TEMPAT / MASA

  • DARIPADA – K = KEANGGOTAAN
                        A  = ABSTRAK / ASAL
                        B  =  BANDINGAN / BINATANG
                        O =  ORANG
                         S = SUMBER

  • PADA – A = ABSTRAK
                           T = TEMPAT
                           O  = ORANG
                           M = MASA

PEMELAJARAN
PEMBELAJARAN  ( x )

KEPIMPINAN  ( x )
KEPEMIMPINAN

KEGURUAN = Profesyen
PERGURUAN = Latihan guru

PENGLIBATAN
PELIBATAN ( x )

PERKEMBANGAN STAF
PENGEMBANGAN STAF ( x )


  • KAMUS DEWAN MENGHIMPUNKAN SEMUA ENTRI PERKATAAN YANG DIGUNAKAN DALAM MASYARAKAT, DAN FUNGSINYA UNTUK MEMBERI MAKSUD SAHAJA TAPI TIDAK SEMESTINYA BETUL DAN BAKU.
  • UNTUK MELIHAT KATA DENGAN IMBUHAN YANG BETUL ( BAKU ), MESTI RUJUK DAFTAR KATA PELAJAR.




Terima kasih kerana sudi membaca entri saya. Jika suka, silalah LIKE.

No comments:

Post a Comment