Monday, March 12, 2012

Panduan Menulis Rumusan


                                              RUMUSAN


KOMPONEN RUMUSAN

  • DITULIS DALAM 4 PERENGGAN SAHAJA.

  1. PERENGGAN 1- PENDAHULUAN ( P )
  2. PERENGGAN 2  -  ISI TERSURAT (  SU)
  3. PERENGGAN 3  -   ISI TERSIRAT  ( SI )
  4. PERENGGAN 4  -  KESIMPULAN ( K )

  • JUMLAH PERKATAAN = 120 P.P

           
  •   PEMARKAHAN  :

  P     =   2
  SU  =  12
  S1   =     4
  K    =     2
  -----------                                                                                       
  I    =    20
  B   =    10

           30/30

JADUAL PENJUMLAHAN ISI  TERSURAT DAN ISI TERSIRAT DALAM  PENULISAN RUMUSAN


SU
6
5
4
3
2
S1
2
3
4
5
6
JUM
8
8
8
8
8
MARKAH
8 isi  X  2 markah  = 16 markah









KAEDAH MENULIS RUMUSAN


1.  PENDAHULUAN ( 2 MARKAH )

     a)  Kaedah 1  -  berdasarkan tema petikan ( kurang popular)
     b)  Kaedah 2  - berdasarkan perkataan sionim bagi kata kunci  / kata
          tugas / fokus soalan isi tersurat.

   Contoh Soalan :
    
       Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang
   1 ( kekangan melahirkan generasi berwawasan di negara kita )  2 ( dan
       langkah mengatasinya.)  Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120
       patah perkataan.

   Contoh Jawapan :

  •    Menggunakan kaedah 2 ( berdasarkan perkataan sinonim kata kunci 1)
   Petikan membincangkan masalah melahirkan generasi berwawasan
    di negara kita / di Malaysia.  (  /  )
         (tempat / di mana?)  
  
   Petikan membincangkan masalah mewujudkan generasi  berwawasan di negara kita
   dan langkah mengatasinya.  (  x  )
       

         
2. ISI TERSURAT ( 12 MARKAH )

·         Isi  tersurat boleh didapati daripada petikan berdasarkan kata kunci / kata
         tugas / fokus soalan pertama  dalam arahan soalan.
·         Isi tersurat mestilah lengkap maksud dan ayatnya – mempunyai subjek dan
         predikat ( elakkan menulis ayat tergantung atau frasa sahaja atau isi sahaja)
·         Memerlukan sekurang-kurangnya 2 isi dan paling banyak 6 isi.
·         Contoh penulisan isi tersurat ialah :
   Antara masalahnya ialah ....... ( /  )
   Antara masalah negara melahirkan generasi berwawasan ialah.....  (  x  )
  
3.  ISI TERSIRAT ( 4 MARKAH )

·         Isi tersirat tidak terdapat dalam petikan.
·         Isi tersirat boleh didapati berdasarkan kata kunci / kata tugas / fokus soalan ke-2 dalam arahan soalan.
·         Untuk menentukan isi tersirat, calon perlu menggunakan idea sendiri.
·         Memerlukan sekurang-kurangnya 2 isi dan paling banyak 6 isi.
·         Contoh penulisan isi tersirat ialah :
            Antara langkah mengatasinya ialah..................................................


4.  PENUTUP / KESIMPULAN ( 2 MARKAH )

·         Ayat  penutup mesti mengandungi ayat cadangan / saranan tentang tema dan ayat harapan ( kesan cadangan ).
·         Ayat cadangan dan ayat harapan digabungkan menjadi satu ayat sahaja dengan menggunakan kata hubung agar / supaya.
·         Contoh penulisan ayat penutup :

Kesimpulannya, rakyat perlu menyokong usaha kerajaan mewujudkan
                                             ( Ayat cadangan / saranan )
generasi berwawasan agar / supaya negara terus maju dan cemerlang.
                                                                                  ( Ayat Harapan )     


















  




No comments:

Post a Comment