Monday, March 12, 2012

Teknik Belajar Yang Berkesan


Untuk menjadi pelajar cemerlang, pelajar seharusnya menguasai  tiga kemahiran belajar yang penting, iaitu :

  1. Kemahiran Mendengar
  2. Kemahiran Membaca
  3. Kemahiran Membina Nota



Kemahiran Mendengar :


Kemahiran mendengar ialah  proses memberi  tumpuan yang sepenuhnya kepada pengajaran guru di dalam kelas.  Gangguan semasa proses pengajaran dan pembelajaran  (P&P) akan mebantutkan proses penyerapan maklumat daripada guru.  Semasa proses mendengar berlangsung, semua pancaindera seperti otak, mata, telinga, dan tangan  harus dalam keadaan bersedia dan fokus.  Semasa proses mendengar berlangsung, pelajar juga wajib mencatat maklumat  penting yang didengar dengan pantas agar maklumat tersebut tidak hilang begitu sahaja. 
  
Kemahiran Membaca :
  
Kemahiran membaca terdiri daripada tiga langkah utama.

L1L 1
• Membaca daripada buku teks.
• Menggaris isi-isi penting / idea utama
• Membuat nota ringkas / membina peta minda yang
  cantik dan kemas

LANGKAH 2
• Membaca daripada nota ringkas / peta minda
• Menyebut dan membuat lakaran kasar  pada kertas lain(sekadar menggerakkan tangan)



LAN
GKA• Menyebut dan membuat lakaran tanpa melihat nota ringkas dan peta minda

Kemahiran Membina Nota :

   Mengasingkan idea utama daripada huraian ke dalam bentuk yang lebih mudah iaitu peta minda, seperti rajah pohon, rajah tulang ikan dan peta awan.  Pelajar boleh menggunakan kepelbagaian kreativiti agar nota mereka kelihatan kemas dan menarik untuk dibaca.







No comments:

Post a Comment