Monday, March 12, 2012

Tips Mengawal Tingkah Laku Anak-Anak


1.  ARAHAN HENDAKLAH RINGKAS DAN TERANG
    (Jangan mengharapkan anak-anak mengetahui peraturan tanpa diberi penjelasan)

2.  ANAK-ANAK PERLU DIBERITAHU TENTANG HAD 
    DAN BATASAN TUNTUTAN MEREKA.
    (Jelaskan kepada mereka tentang apa-apa yang boleh dan tidak boleh dibuat)

3.  LUANGKAN MASA DENGAN ANAK-ANAK
   (Mendengar luahan perasaannya, mengetahui apa-apa  yang difahaminya, 
    menjawab soalan-soalan mereka termasuk perkara yang ingin dilakukannya.)

4. PUJI ANAK-ANAK.
  (Sekiranya mereka membuat sesuatu  perkara dengan betul, perkara yang baik 
  dan terpuji serta cemerlang  dalam pelajaran.)

5. ELAKKAN KATA-KATA YANG KASAR, MENYAKITKAN 
    HATI SERTA MENGHINA.
   (Bercakap dengan nada yang rendah dan lemah lembut dengan mereka. 
   Jangan menengking atau menjerit kepada   mereka.)

6. BERSIKAP KONSISTEN DENGAN GAYA
    PENDISIPLINAN DAN  RUTIN HARIAN ANAK ANDA.
    (Peraturan yang ditetapkan mestilah konsisten dan tidak  berubah-ubah supaya 
     anak-anak tidak keliru)

7. IBU BAPA JANGAN BERTENGKAR ATAU
   MENGKRITIK ANTARA SATU SAMA LAIN DI HADAPAN 
   ANAK-ANAK.





No comments:

Post a Comment