PRAKATA


Assalamualaikum para pembaca yang budiman...


       Salam perkenalan saya hulurkan. IQRA' merupakan blog kedua  saya selepas KRISTAL BENING.  IQRA' terilham daripada jiwa, naluri dan ehsan seorang pendidik untuk menyebarluaskan maklumat, berkongsi ilmu di dada dan berbagi pengalaman kepada sesiapa sahaja yang sudi, khususnya mereka yang bergelar pelajar.

       Di sini saya akan berkongsi segala-galanya dengan para pembaca budiman, khususnya yang berkaitan dengan subjek yang saya ajar di sekolah, iaitu subjek Bahasa Melayu. Selama ini saya hanya menyimpan segala rahsia pengajaran saya untuk pelajar-pelajar  di sekolah saya sahaja.  Bukan kerana 'kedekut ilmu atau ingin pandai sendiri', tetapi disebabkan tiada instrumen yang tepat untuk saya salurkan bahan pengajaran saya kepada umum, maka saya pendamkan sahaja sendiri, tambahan pula, sebelum ini saya kurang berkeyakinan untuk mengongsikannya dengan orang lain, bimbang jika bahan dan cara saya tidaklah sehebat manapun untuk diuar-uarkan dan dikongsikan. Walau bagaimanapun, setelah melihat dan menerima maklum balas yang baik daripada para pelajar saya tentang bahan yang digunakan, dan oleh sebab kini saya  juga semakin menguasai kecanggihan IT dan saya sudah pandai 'berblog',  maka pada hari ini, saya rasa terpanggil untuk berkongsi ilmu yang ada di dada dengan anda semua agar kita sama-sama mendapat manfaat daripada perkongsian ini.  Semua yang saya lakukan ini adalah kerana saya amat memahami bahawa setiap ilmu yang baik itu wajib disebarluaskan demi pembangunan ummah. Wallahuallam.   
                       
Salam Kasih Sayang..


Cikgu Zue
SMK Taman Tasik
68000 Ampang
Selangor Darul Ehsan. 

No comments:

Post a Comment