BAHASA MELAYU SPM
TOPIK :
KARANGAN DAN PROSA TRADISIONAL
Anda telah membaca sebuah
novel. Anda tertarik akan karya
tersebut
dan
berhasrat untuk membuat ulasan tentang novel tersebut.
Tulis
ulasan anda selengkapnya.
Ulasan
Novel
Judul : Konserto Terakhir
Penulis : Abdullah Hussain
Penerbit :
Publication Distributors Sdn. Bhd
Harga : RM 8.90
Muka Surat :
285
Pengulas :
Abdullah Hussain dilahirkan di Sungai Limau, Yan
Kedah pada tahun 1920. Beliau berpendidikan
Sekolah Melayu dan Inggeris, Pada tahun 1940-an, Abdullah pernah menjadi pengarang akhbar sandaran Pulau Pinang.
Minat beliau dalam penulisan dibuktikan dengan terhasiinya novel Terjebak,
Rantau Selamat, Intan dan Intelek. Konserto Terakhir merupakan karya beliau yang tersohor, novel ini telah dijadikan kajian
pelajar-pelajar tingkatan 5 dalam mata pelajaran kesusasteraan.
Konserto Terakhir memaparkan kisah Hilmi yang
datang dari Kedah untuk mencari pekerjaan di
ibu kota. Pakciknya, Datuk Johari berusaha mencari pekerjaan untuknya tetapi gagal kerana Hilmi berkelulusan setakat
darjah empat Sekolah Melayu dan tidak tahu bertutur bahasa Inggeris. Datuk Johari menyuruh dia menjaga kebun serta
pokok-ppkok bunga sekeliling di rumah beliau. Isteri Datuk
Johari iaitu Datin Salmah amat benci akan Hilmi tetapi anak mereka, Hayati senang akan pemuda itu. Setelah tidak
tahan akan kerenah Datin Salmah, Hilmi keluar dari rumah Datuk
Johari dan bekerja di sebuah stesen minyak.
Hilmi turut mendalami ilmu muzik. Setelah mahir, dia bekerja sebagai pemuzik dan berkahwin dengan anak gurunya, Azizah. Hayati
pula mengahwini Mohsin.
Kejayaan demi kejayaan diraih oleh Hilmi hingga dia
diberi penghormatan mengendalikan Konsert Perdana.
Tanpa menghiraukan kesihatan diri, dia bekerja keras untuk menjayakan konsert tersebut. Pada malam konsert berkenaan
diadakan, Hilmi jatuh sakit. Hayati telah menggantikannya. Datuk Johari, Datin
Salmah, Hayati, Azizah dan Pak Karim telah
menziarahi Hilmi yang terlantar di hospital. Kejutan terbesar berlaku apabila Pak Karim mendedahkan rahsia bahawa Hilmi merupakan
anak Datuk Johari sendiri. Datuk
Johari, Datin Salmah dan Azizah yang berasa bersalah terhadap Hilmi berazam untuk menebus dosa mereka. Namun, hasrat mereka
tidak kesampaian keranan Hilmi meninggal
sebelum mengetahui kedudukan sebenar. Datuk Johari amat terkejut dan turut menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Tema
novel Konserto Terakhir ialah kegigihan. Tema
ini berdasarkan kegigihan Hlimi
berusaha di samping ketabahannya menghadapi dugaan demi dugaan hingga
mencapai kejayaan yang gilang-gemilang. Persoalan
cinta dan kasih sayang anak muda turut dipaparkan melalui novel
ini. Selain cinta, pengarang turut memasukkan persoalan perbezaan
darjat. Hal ini jelas apabila Datin
Salmah amat benci akan Hilmi kerana Hilmi orang
miskin dan tidak berkelulusan tinggi. Pengarang turut memasukkan persoalan
kepercayaan karut dan perkembangan muzik tanah air dalam karya
beliau.
Watak utama dalam novel 'Konserto Terakhir' ialah
Hilmi yang digambarkan
sebagai seorang pemuda kampung berkelulusan darjah empat Sekolah Melayu. Dia amat taat kepada tuhan, rajin dan berbakat semula jadi. Para pembaca amat sayang akan watak ini hingga mereka tidak dapat menerima kematiannya pada penghujung cerita. Hayati pula gadis cantik, anak kesayangan Datuk Johari dan Datin Salmah. Dia juga diklasifikasikan sebagai watak protagonis. Kekejaman dan sikap busuk hatimereka menyebabkan para pembaca berasa benci akan watak-watak berkenaan. Beberapa watak sampingan lain seperti Encik Bakar, Mohsin, Pak Karim dan Doktor Nathan turut menghidupkan novel ini.
sebagai seorang pemuda kampung berkelulusan darjah empat Sekolah Melayu. Dia amat taat kepada tuhan, rajin dan berbakat semula jadi. Para pembaca amat sayang akan watak ini hingga mereka tidak dapat menerima kematiannya pada penghujung cerita. Hayati pula gadis cantik, anak kesayangan Datuk Johari dan Datin Salmah. Dia juga diklasifikasikan sebagai watak protagonis. Kekejaman dan sikap busuk hatimereka menyebabkan para pembaca berasa benci akan watak-watak berkenaan. Beberapa watak sampingan lain seperti Encik Bakar, Mohsin, Pak Karim dan Doktor Nathan turut menghidupkan novel ini.
Plot
novel Konserto Terakhir boleh dikatakan mengikut kronologi iaitu bermula dengan Hayati sedang belajar bermain piano dan berakhir
dengan kematian Hilmi serta Datuk
Johari. Teknik
plot imbas kembali dan
imbas
muka turut digunakan oleh
penulis. Kewujudan unsur suspens dan kejutan menyebabkan para
pembaca tidak berasa bosan sepanjang tempoh mereka membaca novel
ini. Ada kalanya, pengarang mewujudkan monolog atau
monolog dalaman untuk
menghidupkan cerita dalam novelnya. Dari segi
gaya bahasa, beliau memilih diksi yang sesuai. Kewujudan peribahasa, simile, metafora dan personifikasi menampakkan kematangan
Abdullah Hussain ketika berkarya.
Banyak
nilai murni yang terdapat dalam novel 'Konserto
Terakhir'. Antaranya ialah taat kepada
tuhan, sebagaimana
Hilmi yang tidak pernah mengabaikan solat. Di samping itu nilai patuh kepada ibu bapa turut terkandung
dalam novel ini sebagaimana Hayati yang sanggup berkahwin dengan
Mohsin atas kemahuan Datin Salmah dan Datuk Johari.
Nilai-nilai murni yang lain dalam novel ini ialah ikhlas, tolong-menolong dan bertimbang
rasa. Melalui
novel 'Konserto Terakhir', kita mendapat beberapa pengajaran. Pengajaran yang paling ketara dalam novel ini ialah kita mesti berusaha untuk mencapai kejayaan. Di
samping itu, kita juga mendapat iktibar bahawa kita tidak harus menghina orang
miskin.
Sebenarnya,
pengarang telah menggarap pelbagai aspek terutamanya aspek moral melalui
novel 'Konserto Terakhir'. Novel ini memang sesuai dibaca oleh segenap lapisan
masyarakat. Banyak pengajaran atau iktibar tersirat dalam novel ini. Novelis
juga turut menyindir
pihak-pihak tertentu meialui karyanya. Diyakini, para pembaca Konserto Terakhir akan
berasa puas dan berminat untuk membaca karya Abdullah Hussain yang lain
pula selepas membaca novel ini.
Disediakan oleh
: Pn. Norzuraidah bt Md Nor.
No comments:
Post a Comment